Sukan ..hobi…minat menyatukan rakyat Malaysia
Perpaduan di Malaysia jika dilihat dari sudut pandang capaian undi politik adalah bagus semuanya.Bagi parti besar yang memerlukan sokongan semua bangsa di Malaysia, propaganda,usaha dan penggunaan media secara menyeluruh adalah perlu bagi memastikan bahawa perpaduan dapat dicapai. Ada perbezaan antara cara dan keberkesanan perlaksanaan modus operandi. Jika dinilai iklan-iklan yang memaparkan kebudayaan dan rakyat berbilang bangsa di Malaysia ia amat sesuai untuk memberi gambaran menarik kepada warga asing tetapi bagi memupuk perpaduan ia ibarat langit dengan bumi!
Kewujudan kelab-kelab,persatuan-persatuan atau sukan yang mendominasikan minat sebagai objektif utama ia adalah amat jauh lebih berkesan untuk memupuk perpaduan berbilang bangsa di Malaysia. Kerajaan Malaysia menghabiskan beratus ribu mungkin berjuta untuk menerbitkan iklan-iklan serta papan-papan tanda perpaduan di kalangan rakyat Malaysia namun perlu ada statistic yang menyatakan usaha ini berkesan bagi membolehkan wang perbelanjaan itu berbaloi.
Berbalik kepada perpaduan dalam minat ini boleh saya ringkaskan secara bersahaja dengan contoh-contoh di bawah mengikut pengalaman saya sendiri :

PENGAKAP
Badan beruniform ini perlu diambil berat oleh pihak kerajaan dan mana-mana NGO yang kononnya inginkan perpaduan dalam Malaysia. Perpaduan dalam pengakapan dipupuk ketika sekolah rendah lagi. Penerimaan bangsa lain sebagai saudara saya berani JAMIN jika Kementerian Pendidikan memberi penekanan terhadap badan beruniform ini di sekolah-sekolah(juga badan beruniform lain).
Bendera Malaysia,bendera negeri-negeri dalam Malaysia dirungkai secara terperinci dalam kegiatan pengakap malah ahli-ahli pengakap kanak-kanak amat menyukai aktiviti yang disediakan oleh silibus pengakap itu sendiri. Begitu juga lagu Negaraku dan Rukun Negara serta penekanan tatasusila malah undang-undang pengakap juga memberi nilai tambah yang tidak berbelah bagi kepada kanak-kanak yang menjangkau usia 10 tahun.
Di sinilah kanak-kanak dipupuk,di sinilah dilenturkan rebungnya dan guru-guru yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing sambil disokong oleh guru besar bagi memastikan kelancaran aktiviti ko-kurikulum ini.

Seni Mempertahankan Diri
Jika kita secara rambang melihat senario seni pertahan diri, Silat dicermin dengan orang MELAYU, silambam bersama orang INDIA dan wushu dengan orang CINA. Ia ibarat seperti satu ‘trend’ dalam masyarakat,namun sedikit sebanyak mereka bertukar-tukar ilmu dan mempelajari antara satu sama lain. Taekwondo dan Muay Thai (Tomoi/Boksing Siam) adalah salah satu contoh juga ‘trend’ perpaduan semakin memuncak. Penglibatan masyarakat dari berbagai kaum telah membuatkan sukan ini menjadi popular dan perpaduan dicapai secara PERCUMA tanpa melibatkan politik atau kepentingan diri. Ahli-ahli dipupuk dengan disiplin yang tinggi malah masalah berlainan bangsa TIDAK wujud dalam perbualan atau capaian objektif dalam sukan ini.
R/C ( Kereta/helicopter/kapal terbang kawalan jauh)
Aktiviti R/C amat menyeronokkan dan apabila kita mempunyai wang yang lebih ia lebih menyeronokkan! Ini adalah satu lagi aktiviti yang memerlukan wang,minat dan kepakaran jadi secara logiknya biarlah anda berbangsa apa sekalipun anda layak untuk bergaul bersama-sama dalam satu track. Minat inilah yang menidakkan perbezaan kaum dan semakin ramai yang menyertai minat ini, maka semakin ramailah rakan-rakan kita dari sekalian bangsa!
Paintball
Paintball dapat dikategorikan sebagai satu sukan ekstrim tetapi selamat untuk diminati oleh sesiapa sahaja. Paintball terbahagi kepda dua iaitu Speedball atau Woodsball. Speedball adalah paintball yang secara ringkasnya bermain di atas padang yang diletakkan tembok(bunker) angina dan woodsball pula adalah paintball versi hutan atau bermain di dalam bangunan ala-ala filem perang atau Swat dan ia amat menghiburkan!
Dalam paintball, kerjasama dalam pasukan (team work) AMAT-AMAT penting, sama ada mereka yang bermain speedball atau woodsball. Kepercayaan kepada rakan sepasukan dan menerima arahan dari ketua (captain/general) amatlah penting. Semangat berpasukan dan persaudaraan dalam sukan ini tidak dapat digambar dengan kata-kata atau tulisan blog ini…anda mesti cuba dan anda PASTI SETUJU dengan saya!
Begitulah secara ringkasnya pengalaman saya yang dapat saya gambarkan bahawa perpaduan wujud secara TOTAL dalam lingkungan MINAT yang sama.Kerajaan dan NGO perlu melihat perkara ini secara serius dan perlu merangkaikan segala bentuk bajet bantuan kewangan atau sokongan dari segi kelulusan kepada SEMUA aktiviti yang saya katakan di atas. Perpaduan adalah satu perkara yang SERIUS dan memerlukan tindakan yang BETUL dari pihak kerajaan, janganlah ada sikap sekadar buat dan berharap perpaduan akan wujud. Pupuk minat di kalangan rakyat Malaysia!!!! Kurangkan kontroversi!!Hehe
Kewujudan kelab-kelab,persatuan-persatuan atau sukan yang mendominasikan minat sebagai objektif utama ia adalah amat jauh lebih berkesan untuk memupuk perpaduan berbilang bangsa di Malaysia. Kerajaan Malaysia menghabiskan beratus ribu mungkin berjuta untuk menerbitkan iklan-iklan serta papan-papan tanda perpaduan di kalangan rakyat Malaysia namun perlu ada statistic yang menyatakan usaha ini berkesan bagi membolehkan wang perbelanjaan itu berbaloi.
Berbalik kepada perpaduan dalam minat ini boleh saya ringkaskan secara bersahaja dengan contoh-contoh di bawah mengikut pengalaman saya sendiri :

PENGAKAP
Badan beruniform ini perlu diambil berat oleh pihak kerajaan dan mana-mana NGO yang kononnya inginkan perpaduan dalam Malaysia. Perpaduan dalam pengakapan dipupuk ketika sekolah rendah lagi. Penerimaan bangsa lain sebagai saudara saya berani JAMIN jika Kementerian Pendidikan memberi penekanan terhadap badan beruniform ini di sekolah-sekolah(juga badan beruniform lain).
Bendera Malaysia,bendera negeri-negeri dalam Malaysia dirungkai secara terperinci dalam kegiatan pengakap malah ahli-ahli pengakap kanak-kanak amat menyukai aktiviti yang disediakan oleh silibus pengakap itu sendiri. Begitu juga lagu Negaraku dan Rukun Negara serta penekanan tatasusila malah undang-undang pengakap juga memberi nilai tambah yang tidak berbelah bagi kepada kanak-kanak yang menjangkau usia 10 tahun.
Di sinilah kanak-kanak dipupuk,di sinilah dilenturkan rebungnya dan guru-guru yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing sambil disokong oleh guru besar bagi memastikan kelancaran aktiviti ko-kurikulum ini.

Seni Mempertahankan Diri
Jika kita secara rambang melihat senario seni pertahan diri, Silat dicermin dengan orang MELAYU, silambam bersama orang INDIA dan wushu dengan orang CINA. Ia ibarat seperti satu ‘trend’ dalam masyarakat,namun sedikit sebanyak mereka bertukar-tukar ilmu dan mempelajari antara satu sama lain. Taekwondo dan Muay Thai (Tomoi/Boksing Siam) adalah salah satu contoh juga ‘trend’ perpaduan semakin memuncak. Penglibatan masyarakat dari berbagai kaum telah membuatkan sukan ini menjadi popular dan perpaduan dicapai secara PERCUMA tanpa melibatkan politik atau kepentingan diri. Ahli-ahli dipupuk dengan disiplin yang tinggi malah masalah berlainan bangsa TIDAK wujud dalam perbualan atau capaian objektif dalam sukan ini.
R/C ( Kereta/helicopter/kapal terbang kawalan jauh)
Aktiviti R/C amat menyeronokkan dan apabila kita mempunyai wang yang lebih ia lebih menyeronokkan! Ini adalah satu lagi aktiviti yang memerlukan wang,minat dan kepakaran jadi secara logiknya biarlah anda berbangsa apa sekalipun anda layak untuk bergaul bersama-sama dalam satu track. Minat inilah yang menidakkan perbezaan kaum dan semakin ramai yang menyertai minat ini, maka semakin ramailah rakan-rakan kita dari sekalian bangsa!
PaintballPaintball dapat dikategorikan sebagai satu sukan ekstrim tetapi selamat untuk diminati oleh sesiapa sahaja. Paintball terbahagi kepda dua iaitu Speedball atau Woodsball. Speedball adalah paintball yang secara ringkasnya bermain di atas padang yang diletakkan tembok(bunker) angina dan woodsball pula adalah paintball versi hutan atau bermain di dalam bangunan ala-ala filem perang atau Swat dan ia amat menghiburkan!
Dalam paintball, kerjasama dalam pasukan (team work) AMAT-AMAT penting, sama ada mereka yang bermain speedball atau woodsball. Kepercayaan kepada rakan sepasukan dan menerima arahan dari ketua (captain/general) amatlah penting. Semangat berpasukan dan persaudaraan dalam sukan ini tidak dapat digambar dengan kata-kata atau tulisan blog ini…anda mesti cuba dan anda PASTI SETUJU dengan saya!
Begitulah secara ringkasnya pengalaman saya yang dapat saya gambarkan bahawa perpaduan wujud secara TOTAL dalam lingkungan MINAT yang sama.Kerajaan dan NGO perlu melihat perkara ini secara serius dan perlu merangkaikan segala bentuk bajet bantuan kewangan atau sokongan dari segi kelulusan kepada SEMUA aktiviti yang saya katakan di atas. Perpaduan adalah satu perkara yang SERIUS dan memerlukan tindakan yang BETUL dari pihak kerajaan, janganlah ada sikap sekadar buat dan berharap perpaduan akan wujud. Pupuk minat di kalangan rakyat Malaysia!!!! Kurangkan kontroversi!!Hehe


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home